LCG menawarkan keupayaan untuk berdagang indeks yang paling banyak diikuti oleh dunia dalam satu akaun. Dagangan indeks sangat sesuai untuk mereka yang ingin berdagang dalam segmen pasaran yang luas berbanding hanya berdagang saham syarikat individu. Indeks ialah kumpulan saham yang mewakili industri atau sektor pasaran tertentu. Contohnya, FTSE100 ialah indeks saham daripada 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Saham London yang mempunyai permodalan pasaran tertinggi. Pelabur akan sering menentukan sama ada pasaran melalui hari yang baik atau buruk berdasarkan sama ada indeks telah meningkat atau menurun.
Perdagangan indeks bermakna berdagang banyak syarikat yang terkemuka di pasaran saham sekaligus, bukannya memilih beberapa saham individu.
Penetapan harga dagangan LCG yang kompetetif, dengan spread serendah 0.7 atas US 500 dan 1.8pt di Wall Street, membolehkan anda memanfaatkan lebih banyak peluang dagangan indeks.
Dagangan dengan leveraj bermaksud bahawa modal tidak diperlukan dengan banyak untuk berdagang. Ini memberikan pedagang indeks peluang untuk meningkatkan saiz kedudukan, meluaskan potensi keuntungan dan mengurangkan kerugian.
Berdagang indeks di mana sahaja anda berada dan pada mana-mana peranti yang menggunakan platform dagangan dalam talian profesional kami.
Dengan pesanan stop loss, anda boleh melindungi dagangan indeks anda terhadap turun naik pasaran yang ketara.
Dengan menggunakan "Advanced orders", anda boleh menetapkan pelbagai sasaran keuntungan atau mengalihkan stop loss anda ke titik pulang modal secara automatik.
Tutup sebahagian daripada peratusan kedudukan indeks anda untuk menjamin hasilnya, sementara meninggalkan baki sebahagiannya terbuka untuk merasai turun naik pasaran.
Mengambil kedudukan sama ada indeks akan naik atau turun tanpa memiliki mana-mana saham syarikat.
Berdagang indeks secara langsung dari pelayar anda pada mana-mana peranti dengan platform dagangan berasaskan web kami yang sangat mengagumkan. LCG Trader menawarkan pengalaman dagangan yang cepat, boleh dipercayai dan pakej carta bertaraf dunia.
Berdagang dengan teknologi penambahbaikan harga LCG untuk indeks di platform dagangan paling popular di dunia, yang tersedia untuk komputer desktop, telefon mudah alih dan tablet.
Pasukan pakar kami telah menyediakan analisis mendalam dan bahan pendidikan untuk semua tahap pedagang. Bagi mereka yang baru bermula dan ingin mempelajari perkara asas, seperti maklumat mengenai indeks, kepada pedagang berpengalaman yang ingin membincangkan mengenai prestasi indeks utama, seperti indeks FTSE, penganalisis kami memastikan anda dimaklumkan. Pasukan kami menganjurkan prospek ekonomi secara mingguan apabila arah aliran indeks pasaran saham yang terkini dibincangkan.
Sama ada berita tergempar yang boleh memberi kesan kepada pasaran yang anda dagangkan, analisis teknikal, petunjuk ekonomi yang akan datang atau perbincangan pasaran secara umum, pasukan penganalisis kami telah memaklumkan anda dengan ulasan dan pandangan yang mendalam mengenai segala yang berlaku dalam dunia dagangan tukaran mata wang asing. Sila kunjungi portal penyelidikan dan analisis kami untuk berita harian mengenai ulasan pasaran atau secara alternatifnya, sila langgan surat berita kami untuk dihantar kepada peti masuk anda.