Pasaran pertukaran mata wang asing (Forex) adalah pasaran perdagangan terbesar di dunia. Putaran pasaran harian dan kecairan pasaran forex jauh lebih besar berbanding dengan pasaran lain.Kecairan yang tinggi dan keupayaan untuk berdagang dengan leverage telah meningkatkan populariti pasaran fx. Dagangan Forex 24 jam sehari, lima hari seminggu dan merupakan salah satu pasaran paling cepat dan berpotensi memberikan pulangan lumayan. LCG menawarkan perdagangan pada lebih dari 60 pasangan forex dengan spread kompetitif dan pelaksanaan yang cepat.Buka posisi membeli atau menjual dalam pasangan mata wang yang popular tanpa mempunyai sekatan atas tempoh pegangan.
Pelanggan LCG boleh memilih untuk berdagang pelbagai jenis pasangan mata wang termasuk mata wang majors, minors, Australasia, Scandinavia dan eksotik.
Penetapan harga dagangan forex di LCG yang kompetetif dengan spread serendah 0.8 pip membolehkan anda memanfaatkan lebih banyak peluang pasaran FX.
Dagangan dengan leveraj bermaksud bahawa modal tidak diperlukan dengan banyak untuk berdagang. Ini memberikan pedagang forex peluang untuk meningkatkan saiz kedudukan, meluaskan potensi keuntungan dan mengurangkan kerugian.
Berdagang forex di mana sahaja anda berada dan pada mana-mana peranti yang menggunakan platform dagangan dalam talian profesional kami.
Dengan stop loss anda boleh melindungi dagangan forex anda terhadap turun naik pasaran yang ketara.
Dengan menggunakan "Advanced orders", anda boleh menetapkan pelbagai sasaran keuntungan atau mengalihkan stop loss anda ke titik pulang modal secara automatik.
Tutup sebahagian daripada peratusan kedudukan dagangan forex anda untuk menjamin hasilnya, sementara meninggalkan baki sebahagiannya terbuka untuk merasai turun naik pasaran.
Ambil kedudukan pasangan mata wang asing yang anda pilih tanpa perlu memiliki mana-mana mata wang asing.
Berdagang forex secara langsung dari pelayar anda pada mana-mana peranti dengan platform dagangan berasaskan web kami yang sangat mengagumkan. LCG Trader menawarkan pengalaman dagangan yang cepat, boleh dipercayai dan pakej carta bertaraf dunia.
Berdagang dengan teknologi penambahbaikan harga LCG untuk forex di platform dagangan paling popular di dunia, yang tersedia untuk komputer desktop, telefon mudah alih dan tablet.
Pasukan pakar kami telah menyediakan analisis mendalam dan bahan pendidikan untuk semua tahap pedagang. Bagi mereka yang baru bermula dan ingin mempelajari mengenai dagangan forex dan isyarat fx, kepada pedagang berpengalaman yang ingin membincangkan strategi dagangan forex dan sistem dagangan fx, penganalisis kami memastikan anda dimaklumkan. Bersama dengan panduan dagangan forex untuk mereka yang baru bermula, pasukan kami menganjurkan prospek ekonomi secara mingguan apabila berita forex, isyarat dagangan fx dan pasangan dagangan popular terkini dibincangkan.
Sama ada berita tergempar yang boleh memberi kesan kepada pasaran yang anda dagangkan, analisis teknikal, petunjuk ekonomi yang akan datang atau perbincangan pasaran secara umum, pasukan penganalisis kami telah memaklumkan anda dengan ulasan dan pandangan yang mendalam mengenai segala yang berlaku dalam dunia dagangan forex. Sila kunjungi portal penyelidikan dan analisis kami untuk berita harian mengenai ulasan pasaran atau secara alternatifnya, sila langgan surat berita kami untuk dihantar kepada peti masuk anda.