CFD ialah instrumen yang rumit dan mempunyai risiko kerugian dengan cepat yang tinggi disebabkan oleh keumpilan. Sila ambil perhatian bahawa 71% daripada akaun pelabur runcit kami mengalami kerugian semasa berdagang CFD. Anda perlu mempertimbangkan jika anda memahami cara CFD berfungsi dan anda mampu mengambil risiko mengalami kerugian yang tinggi.

Cara berdagang options

Options ialah derivatif kewangan yang mewakili kontrak iaitu apabila pembeli diberikan hak, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli atau menjual instrumen kewangan pada harga yang dipersetujui dan pada tarikh akan datang yang ditetapkan. Pasaran popular untuk kontrak seperti itu termasuk dagangan Forex Options , dagangan indeks options dan dagangan saham options

ISTILAH DAGANGAN OPTIONS

Sebelum mencuba mana-mana strategi dagangan options, pelabur harus memastikan mereka mengetahui terma yang terlibat dalam dagangan Forex Options dan aset lain termasuk:

  • Pemegang Options: merujuk kepada pembeli kontrak options
  • Penerbit Options: merujuk kepada penjual kontrak options
  • Options Panggilan: merujuk kepada tindakan membeli options
  • Options Jual: merujuk kepada tindakan menjual options
  • Harga Laksana: merujuk kepada harga aset yang dipersetujui untuk dibeli atau dijual dalam kontrak options
  • Tarikh Pelaksanaan: merujuk kepada tarikh tertentu apabila kontrak options berkuat kuasa
  • Premium: kos membeli atau menjual kontrak options
ISTILAH DAGANGAN OPTIONS

MENGAPAKAH PELABUR BERDAGANG OPTIONS

Strategi dagangan options biasanya digunakan oleh pelabur untuk:

Membuat Spekulasi di Pasaran Kewangan

Serupa seperti bentuk dagangan derivatif yang lain, dagangan options digunakan oleh pelabur untuk membuat spekulasi sama ada nilai instrumen kewangan akan naik atau jatuh. Sekiranya harga aset dijangkakan naik, options panggilan boleh diletakkan, membenarkan pemegang options membeli aset pada harga yang lebih rendah dan menjualnya untuk keuntungan sebaik sahaja harga telah naik. Sebaliknya, options jual boleh diletakkan jika harga instrumen dijangkakan jatuh, membenarkan pemegang options membeli instrumen sebaik sahaja harga telah jatuh dan menjualnya pada harga yang dipersetujui untuk memperoleh keuntungan.

Lindung Nilai Terhadap Kedudukan Pasaran Lain

Strategi dagangan options juga digunakan untuk melindung nilai terhadap pelaburan lain yang telah dilaksanakan oleh pedagang di pasaran. Sebagai contoh, pelabur boleh menggunakan dagangan Forex options untuk melindung nilai terhadap kedudukan terbuka di pasaran Forex. Oleh itu, jika pelabur telah meletakkan dagangan belian atas pasangan mata wang EUR/USD, mereka juga boleh meletakkan options jual atas pasangan itu sebagai cara melindungi nilai kedudukan mereka. Oleh itu, jika nilai pasangan tersebut naik, dagangan belian akan menguntungkan dan kontrak opsyen tidak akan dilaksanakan, ini bermaksud hanya premium yang perlu dibayar. Sebaliknya, jika harga EUR/USD jatuh, dagangan belian boleh ditutup dan options jual akan menghasilkan keuntungan.

Strategi Dagangan Options

Terdapat pelbagai strategi dagangan options yang digunakan oleh para pelabur berpengalaman untuk mencari keuntungan dari pasaran kewangan termasuk:

Stradel

Satu daripada strategi dagangan options yang popular, stradel melibatkan pelabur memegang options panggilan dan options jual atas aset, dengan harga laksana dan tarikh tamat tempoh yang sama, sementara membayar premium pada kedua-duanya. Ini biasanya digunakan oleh pelabur apabila pergerakan pasaran yang ketara dijangkakan, tetapi arah pergerakannya tidak jelas. Mengguna pakai strategi options stradel membenarkan pelabur untuk mengaut keuntungan tanpa mengira arah pasaran bergerak, selagi pergerakan harga cukup besar untuk bergerak melepasi harga laksana dan berjaya menampung kos premium kedua-duanya.

Strangle

Strategi strangle melibatkan pelabur memegang options panggilan dan options jual atas aset, dengan tarikh pelaksanaan yang sama tetapi menggunakan harga laksana yang berbeza. Serupa seperti strategi stradel, ini paling baik digunakan apabila pergerakan pasaran yang ketara dijangkakan. Walaupun arah pergerakan itu mungkin tidak 100% jelas, mungkin ada petunjuk arah harga akan bergerak dan itulah sebabnya strategi strangle menggunakan harga laksana yang berbeza. Ini akan membenarkan pelabur mendapat keuntungan daripada pergerakan pasaran yang akan berlaku dan akan lebih murah daripada menggunakan strategi stradel, sementara masih memberikan perlindungan sekiranya harga itu bergerak ke arah lain.

Bull Call Spreads

Satu lagi strategi dagangan options yang popular, "Bull Call Spread" options panggilan melibatkan pembelian options panggilan atas aset pada harga laksana tertentu, sementara pada masa yang sama memegang options jual atas aset yang sama, dengan tarikh pelaksanaan yang sama, tetapi pada harga laksana yang lebih tinggi. Strategi "Bull Call Spread' options digunakan apabila pelabur menjangkakan kenaikan kecil dalam harga instrumen yang didagangkan. Keuntungan maksimum untuk langkah tersebut dikira dengan mencari perbezaan antara harga laksana dan menolak kos options.

Bear Call Spreads

Strategi "Bear Call Spread" melibatkan pembelian options panggilan atas aset pada harga laksana tertentu, sementara pada masa yang sama menjual options panggilan atas aset yang sama, dengan tarikh pelaksanaan yang sama, tetapi pada harga laksana yang lebih rendah. Strategi ini diguna pakai apabila pedagang menjangkakan harga sesuatu aset akan jatuh secara sederhana. Seperti strategi "Bear Call Spreads" options, keuntungan maksimum dikira dengan mencari perbezaan antara harga laksana dan menolak kos options.

Mengapa berdagang options bersama LCG

Options ke atas 7,000+ instrumen
Options ke atas 7,000+ instrumen
Penetapan harga berdaya saing
Penetapan harga berdaya saing
Pelaksanaan pesanan yang mengagumkan
Pelaksanaan pesanan yang mengagumkan
Kecairan mendalam dari bank peringkat teratas
Kecairan mendalam dari bank peringkat teratas